Pekerja Tempatan Tak Minat Kerja Ladang Walaupun Gaji Kompetitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Pemilik ladang di Malaysia mempunyai masalah besar untuk mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan warga tempatan walaupun gaji dan faedah kompetitif telah ditawarkan.

Jadi Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) memohon kerajaan untuk mengecualikan industri perladangan daripada pembekuan pengambilan pekerja asing. Mereka juga mengharapkan agar kerajaan membenarkan pekerja asing yang pulang ke kampung untuk kembali ke Malaysia untuk bekerja. 

MEOA dalam satu kenyataan berkata industri perladangan amat bergantung kepada pekerja asing untuk kerja-kerja di lapangan, terutamanya dalam proses penuaian buah tandan kelapa sawit. 

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memburukkan lagi masalah kekurangan pekerja. Ini kerana penutupan sempadan telah menghalang pekerja daripada pulang ke ladang selepas bercuti dan menghalang pekerja gantian baharu daripada datang.

Kerugian pemilik ladang adalah besar dan boleh bertambah buruk, memandangkan terdapat hampir 6 juta hektar ladang kelapa sawit. 39% terdiri daripada peladang kecil (lebih kurang 256,000 pekebun kecil bebas).

Komoditi perladangan lain seperti getah dan koko turut terjejas. 

Satu kajian yang dibuat oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) pada 2018 mendapati industri perladangan dan pertanian mempunyai pergantungan tertinggi kepada pekerja asing.

ILMIA menyimpulkan sektor yang mempunyai nisbah kebergantungan yang tinggi akan sukar menggantikan pekerja asing dengan penduduk tempatan. 

ILMIA juga mendapati jumlah pekerja asing dalam perladangan terus berkurangan kepada 15.6 peratus menjelang 2017.

Jumlah ini amat kurang berbanding pembuatan (38.7%) dan pembinaan (21.3%); dan sektor perkhidmatan (naik daripada 13.0% pada 2013 kepada 14.8% menjelang 2017). 

Rakyat Malaysia masih tak minat kerja ladang walaupun gaji kompetitif

MEOA turut memaklumkan faktor gaji kompetitif masih belum mampu menarik minat rakyat Malaysia untuk bekerja di ladang.

“Kami ingin memaklumkan kepada pihak menteri bahawa dalam industri tertentu seperti sektor perladangan, rakyat Malaysia enggan membuat kerja seperti yang dipikul oleh pekerja asing.

“Pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor pertanian dianggap 3D (kotor, berbahaya dan sukar), dan jauh dari kawasan bandar. 

“Penduduk tempatan tidak berminat walaupun wujud potensi gaji dan kemudahan yang lebih baik di ladang,” kata MEOA.

Pelbagai langkah telah diperkenalkan oleh pemilik ladang untuk menarik pekerja tempatan seperti penyediaan pengangkutan, perlindungan insurans, sumbangan kepada KWSP, PERKESO, pampasan pekerja dan pelaksanaan sistem upah mengikut produktiviti bagi menggantikan sistem gaji harian.

Walaupun segala usaha dan inisiatif telah dibuat, sambutan daripada penduduk tempatan masih suram.

Difahamkan ramai pekerja tempatan yang bekerja dengan ladang tidak dapat mematuhi jadual kerja yang ditetapkan dalam industri tersebut di mana tidak ramai yang dapat bekerja penuh hari dalam sebulan.

Budaya kerja seperti ini pasti tidak sesuai untuk operasi perladangan.

Malah pemilik ladang juga dilaporkan lebih suka untuk merekrut orang tempatan, bukannya warga asing. Ini kerana secara realiti, pengambilan buruh asing sebenarnya sangat mahal.

Dalam kes pekerja asing, pemilik ladang perlu membayar RM2,935 setiap pekerja bagi yuran pengambilan, pas lawatan, visa, pemeriksaan perubatan, yuran dokumentasi dan pemprosesan, insurans dan levi.

Rayu sektor perladangan diberi pengecualian

Oleh itu, MEOA merayu agar kementerian dan agensi yang berkaitan mempertimbangkan kelangsungan hidup serta kemampanan sektor perladangan terutamanya industri minyak sawit negara.

Ini bagi membolehkan syarikat peladang untuk mengambil tenaga kerja asing, selepas usaha mereka untuk mengisi kekosongan kerja tidak mendapat minat dari kalangan warganegara Malaysia.

Anda perlukan kerja??????? Mari hantar resume ke ladang sungai buloh di bukit rotan, selangor..

Posted by Wandanee Ola on Thursday, June 4, 2020

Berikutan pandemik COVID-19, MEOA turut memohon agar permit pekerja asing yang masih tinggal dalam negara ini diperbaharui dan dilanjutkan sewajarnya. 

“Industri perladangan bersedia untuk mematuhi peraturan Kementerian Kesihatan dan prosedur operasi standard, termasuk ujian COVID-19 dan kuarantin,” kata MEOA.

Untuk menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan memasuki sektor perladangan, pemodenan dan mekanisasi dengan insentif kerja yang berkaitan produktiviti yang lebih baik perlu diadakan.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Kongsi Di Facebook