Pelakon Utama Filem ‘Rambo’ Meninggal Dunia

first-blood-dennehy-Rambo-Stallone

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Dunia perfileman dikejutkan dengan khabar berita pelakon utama filem Rambo ‘First Blood’ telah meninggal dunia pada hari Rabu lalu.

Brian Dennehy, yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem tersebut dilaporkan meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Rambo First Blood merupakan filem pertama mendiang yang membuka jalan untuknya dalam menempa nama dalam industri filem Hollywood.

Hero dalam filem itu yang membawa watak Rambo, Sylvester Stallone dalam kemaskininya di Instagram turut mengucapkan takziah atas pemergian rakannya Dennehy.

“Brian Dennehy telah pergi meninggalkan kita. Mendiang seorang pelakon hebat. Dia juga seorang veteran perang Vietnam yang banyak membantu saya membina karakter sebagai RAMBO.

“Dunia telah kehilangan seorang artis yang hebat. #First Blood.”

Dalam kariernya sebagai anak seni, Dannehy pernah merangkul dua Anugerah Tony sebagai pelakon terbaik dalam Death of a Salesman, Anugerah Laurence Olivier, Golden Globe, Anugerah SAG dan pernah menerima pencalonan dalam Anugerah Primetime Emmy.

Selain filem aksi First Blood di samping Sylvester Stallone, mendiang juga pernah berlakon dalam beberapa genre filem lain termasuk komedi dan sastera Shakespeare antaranya filem romantis Romeo + Juliet.

Dennehy juga pernah berlakon di samping Robert De Niro dan Al Pacino dalam Righteous Kill pada 2008, dan Russell Crowe dalam The Next Three Days pada 2018.

Brian Dennehy telah meninggal dunia di New Haven, Connecticut. Mendian menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Jennifer Arnott dan anak-anaknya Cormac, Elizabeth, Kathleen, Deirdre serta keluarga mereka.

Baca juga artikel menarik kami yang lain di bawah:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram