Penculik Lepas 13 Tebusan Selepas Permintaan Peliknya Ditunai

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Seorang penculik di Ukraine yang dilengkapi senjata raifal automatik dan bom menyerah diri kepada polis dan melepaskan 13 tebusannya selepas permintaan peliknya ditunai.

Permintaan peliknya hanya satu: beliau mahu Presiden Ukraine merekomendasi filem Earthlings (2005) yang dibintangi oleh Joaquin Phoenix.

Rekomendasi filem tersebut dibuat oleh Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy dalam satu video di Facebook.

Sebaik sahaja video tersebut dimuat naik, barulah penculik tersebut mengakhiri krisis tebusan dalam sebuah bas selama lebih 10 jam di bandar Lutsk, Ukraine.

Dalam insiden tersebut, penculik yang yang dikenalpasti bernama Maksym Kryvosh menaiki sebuah bas sebelum menjadikan semua penumpang dan pemandu bas sebagai tebusannya.

Beliau memberitahu polis bahawa bas tersebut telah dipasang dengan bahan letupan dan mempunyai satu lagi bom yang dipasang di lokasi lain yang boleh diletupkan dari jauh menggunakan alat kawalan jauh.

Sebagai syarat untuk melepaskan tebusannya, Kryvosh mendesak pegawai kerajaan Ukraine untuk mengaku sebagai ‘pengganas’ dan Presiden Ukraine untuk merekomendasi semua orang supaya menonton filem Earthlings.

Semasa menahan tebusannya, Kryvosh yang berusia 44 tahun itu turut menembak dan mencampakkan bom ke arah dron milik polis. Bagaimanapun tiada orang yang dilaporkan cedera susulan tindakan tersebut.

Kryvosh turut berkomunikasi dengan wartawan dan memerhatikan aktiviti media sosialnya di Twitter dan aplikasi media sosial Rusia, VK, semasa menahan tebusan. Ketika menghubungi wartawan, dia meminta mereka supaya menghubungi Presiden.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy kemudiannya bercakap dengan Kryvosh. Tindakan ini berjaya ‘melembutkan hati’ penculik tersebut sehingga mendorongnya untuk melepaskan tiga orang tebusan. Selebihnya dilepaskan selepas Presiden Ukraine memuat naik video menyuruh rakyat Ukraine menonton filem Earthlings.

“Semua orang kena tengok filem Earthlings yang keluar pada tahun 2005,” kata Zelenskiy dalam video tersebut. Video tersebut bagaimanapun telah dipadam selepas Kryvosh menyerah diri.

Ia digantikan dengan nota terima kasih dari Pejabat Presiden yang berterima kasih kepada pihak polis dan orang awam yang membantu. “Nyawa manusia paling penting sekali. Syukur tak ada orang yang terkorban,” tulis mesej Zelenskiy.

Earthlings merupakan sebuah filem dokumentari yang menceritakan kekejaman manusia terhadap haiwan. Ia disuarakan oleh Joaquin Phoenix, pelakon filem Joker (2019).

Difahamkan Kryvosh merupakan aktivis hak haiwan. Sebelum menjadi penculi, dia pernah meringkuk dalam penjara selama hampir 10 tahun atas kesalahan kes penipuan dan memiliki senjata.

Kryvosh turut pernah menulis buku setebal 504 muka surat yang menceritakan tentang mesej-mesej anti kerajaan.

Susulan insiden penahanan tebusan ini, Menteri Dalam Negeri Ukraine Arsen Avakov berkata:

“Filem Earthlings merupakan filem yang bagus. Tapi anda tak perlu jadi gila dan mengancam satu negara untuk bagitahu filem tersebut bagus.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram