Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sekiranya Mahu Menjual Barang Basah Secara Online

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Baca perkongsian cabaran yang seorang usahawan pasar online ini.

Saya ingin listdown satu satu cabaran menjalankan bisnes online barang basah, supaya yang lain lain dapat belajar.

Dari segi stok.

  1. Kos harga berubah setiap hari setiap minggu. Contohnya ikan dan sayur. Kecuali ada kebolehan pegang stok. Tapi nak kena beli 100kg minima satu jenis ikan. Macam mana nak habiskan sehari?
  2. Cabaran jual berdasarkan harga dan berat. Contoh ikan kembong hari esok dikatakan RM10. Bila sampai pasar, jadi RM15. Semalam dah jual RM10. Rugi RM5.
  3. Stok mudah dan cepat rosak. Sayur buah tidak boleh disimpan lama. Nak beli banyak takut rugi, nak beli sikit tak boleh sebab ada minima pembelian.
  4. Luar elok dalam rosak bila sampai ke pelanggan. Bila kita beli mangga, kita tak dapat tahu isinya. Mustahil boleh jamin keelokkan buah.

Dari segi logistik.

blank
Masalah customer kata ada di rumah tapi call tak sambut. Rider naik hantar letak depan rumah. Kalau rumah tak boleh naik macam mana? Siapa nak hold responsible barang (RM100~) itu.
  1. Ikan dan ayam mudah rosak dan hilang kesegaran. Sebab lama sangat dalam kereta nak deliver. Sebab itu kami kena gunakan rider. Tapi ada rider selalu merayau buat job lain. Barang kita dia hantar lepas dah 4 jam. Kami tanggung rugi ganti rugi sebab hilang kesegaran.
  2. Ramai cakap simpan dalam peti kabus putih. 1 pelanggan bukan beli 1 ayam je. Dia beli banyak. 1 pelanggan biasa ada 3 plastik besar. Tak muat nak simpan.
  3. Cara paling mudah gunakan lori sejuk beku. Tapi duit tiada nak beli lori itu. Kalau ada pun, manakan sempat hantar semua dalam sehari.
  4. Penghantaran kami guna 3rd party. Terus terang customer service 3rd party ini hancur. Wakil jualan yang jaga kami selalu bluetick saya. Keburukan guna adalah kita tak dapat kawal kualiti bila sampai dan sebagainya. Nak lapor susah. Banyak kali rider hilang dan hilangkan barang. Macam mana pun customer still salahkan kita. Solusi? Beli lori transport sendiri kalau ada bajet.

Dari segi proses.

  1. Semua nak cepat sampai. Ikan ayam perlu disiang cuci. Pagi ambil. Tengahari cuci siang bungkus. Petang baru dapat hantar. Macam mana pun tetap sampai petang. Tersekat kat sini.
  2. 3 jam untuk proses beli dan pickup stok.
  3. 1-2 jam untuk bungkus cuci dan sebagainya.
  4. Nak siang kena ada skill. Pasal cuci ketam pun kami pernah kena marah.

Dari segi marketing.

Ini tak mampu nak cakap. Ini cabaran terbesar. Mustahil untuk dijalankan dengan kos rendah. Pesaing kaya dan ada unfair advantage banyak di KL. Kalau dia cakap mampu mesti bisnes itu tahap buat kat rumah saja (low cost), atau sudah lebih 3 tahun beroperasi (repeat customer banyak terkumpul) atau ada mart/stok sendiri (kawal stok means more profit).

Inventori.

Ini kelemahan terbesar ommafoody. Kami tiada stok. Bermaksud kami tidak boleh kawal harga. Kami tiada kuasa kawal harga. Satu-satunya cara kami kena ada kuantiti untuk berunding dengan supplier.

Kami bukanlah perfect. Banyak saja kelemahan dan rungutan. Sebab itu kami bagi money back guarantee untuk puaskan hati pelanggan dan belajar baiki satu per satu.

Terus terang saya harap akan ada syarikat kaya take over ommafoody.com supaya kami dapat selesaikan semua kelemahan di atas dan terus digitalkan pasar online kami ini di seluruh Malaysia.

Nanti saya list down masalah cabaran berkaitan website dan growth pula.

Itulah dia antara masalah dan cabaran yang kami hadapi.

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram