Permainan Video ‘No Straight Roads’ Ciptaan Anak Malaysia

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Syarikat pencipta permainan video Malaysia, Metronomik bakal melancarkan permainan video sulungnya di peringkat antarabangsa berjudul No Straight Roads pada 25 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Metronomik, Wan Hazmer Wan Abd Halim berkata permainan video ciptaan anak tempatan itu berkonsepkan muzik dan menampilkan pelbagai ciri Malaysia termasuk penggunaan seni dikir barat.

No Straight Roads mengisahkan kumpulan kugiran rock yang mencipta muzik tulen menentang empayar Muzik Dansa Elektronik (EDM).

“Banyak unsur Malaysia diketengahkan dalam permainan video ini antaranya wayang kulit, lagu dikir barat dan disertakan dengan sari kata Bahasa Malaysia. Malah suara pelakon yang digunakan dalam permainan video ini juga anak tempatan,” katanya.

Wan Hazmer berkata demikian dalam program Temu Minda: No Straight Roads Dalam Kerjaya Kreatif bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, sebagai moderator program itu yang disiarkan menerusi saluran televisyen RTM 1 malam semalam. 

Permainan video itu boleh didapati menerusi PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox One. 

Dalam program itu, Wan Hazmer turut menekankan kepentingan anak muda menerokai bidang permainan video dalam usaha meletakkan bakat dan karya Malaysia setanding di peringkat antarabangsa. 

Saifuddin ketika menutup program itu turut mengakui bidang permainan video mempunyai masa depan yang cerah dan perlu diterokai lebih ramai belia.

“Kita mahu lihat kemajuan ekonomi kreatif semua bidang, daripada tradisi sampai paling terkini dan sangat menarik apa yang kita boleh peroleh tentang media baharu seperti permainan video antara industri kreatif terkini tetapi ada unsur tradisi diterapkan. Itu sesuatu sangat membanggakan,” katanya.

Berdasarkan reviu di YouTube, ramai pemain teruja untuk mencuba No Straight Roads dan memuji konsepnya.

“It’s time we fight EDM with the power of rock!” I just wanna get this game for the matter of principle alone haha

Rajonty

This looks like a potential hidden gem

Kole-Man

Looks like Kingdom Hearts meets Psychonauts but was abducted by the SEGA Dreamcast. Love it.

Anxious Neck Games

This game has so much character it’s a definite buy for me!

Kung Fuey
Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram