RM1.2 Bilion Peruntukan Bina Lebih 14,000 Rumah Mampu Milik

belanjawan-2021-rumah-rakyat

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 kali ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion bagi penyediaan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah negara.

Peruntukan itu merangkumi penyaluran dana sebanyak RM500 juta bagi pembinaan 14 ribu unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat.

Manakala RM315 juta pula diperuntukan bagi pembinaan 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB dan RM125 juta adalah kos penyelenggaraan perumahan berstrata kos rendah dan sederhana.

Sementara itu, RM310 juta akan turut diagihkan untuk pelaksanaan Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram