Punca Pelakon Hong Kong, Sammo Hung Jadi Kurus

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Pelakon dan pengarah filem aksi Hong Kong, Sammo Hung hampir-hampir tidak dapat dicam dalam satu gambar terbarunya selepas nampak kurus.

Dalam gambar yang dimuat naik di Weibo oleh penyanyi Hong Kong, Alan Tam, pelakon aksi berusia 68 itu nampak cengkung tetapi gembira.

(Foto: Alan Tam)

Gambar tersebut dimuat naik oleh Alan Tam pada 25 Mei lepas selepas makan tengah hari bersama Sammo dan rakan-rakannya yang lain. Alan menulis: “Abang Sammo masak semua hidangan makanan yang sedap ini.”

Rupa terbaru Sammo ini merupakan satu perubahan drastik daripada imej pelakon aksi berbadan gempal yang telah dikekalkannya selama berdekad-dekad. Pada satu ketika, berat Sammo mencecah 115kg.

Reaksi netizen yang melihat gambar terbaru Sammo Hung rata-ratanya risau dan menyangka pelakon tersebut kurus kena sakit.

(Foto: Alan Tam)

Bagaimanapun menantu perempuan Sammo menjelaskan sebaliknya.

“Kesihatan bapa mertua saya di tahap tertinggi. Dia kata dia sangat gembira dengan perubahan berat badannya. Semuanya dicapai hasil diet pemakanan yang seimbang,” jelas menantunya kepada media menerusi temuramah telefon.

Kesihatan Sammo menjadi perhatian media selepas beliau terpaksa berkerusi roda selama dua tahun selepas menjalani pembedahan kaki pada tahun 2017.

Media turut melaporkan selepas pembedahan tersebut, doktor menasihatkan Sammo supaya menurunkan 18kg berat badannya. Jika tidak berat badannya akan merosakkan kakinya. Sammo turut pernah menjalani pembedahan pada tahun 2009 selepas pembuluh darahnya tersumbat.

Mengenai Sammo Hung

Jika anda pernah menonton filem Kantonis, terutamanya filem aksi Hong Kong, anda pastinya pernah melihat aksi lakonan Sammo Hung. Selain terkenal kerana kehebatannya dalam seni bela diri kung fu walaupun berbadan gempal, Sammo juga merupakan pengarah filem terkenal.

Beliau turut bertanggungjawab mempopularkan hantu jiangshi dalam filem Hong Kong.

Sebagai pengarah, Sammo Hung bertanggungjawab mempopularkan jiangshi, karakter hantu seperti zombi, dalam filem seram Hong Kong.

Sepanjang kariernya, Sammo telah membintangi 75 filem dan mempunyai sentuhan (sebagai pengarah koreografi aksi) dalam lebih 230 filem.

Bermula sebagai pelakon tambahan, Sammo kemudiannya berkembang menjadi koreografer aksi, koordinator aksi, pengarah aksi, pelakon, penulis, produser dan pengarah.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram