‘Rangsangan Ini Hasil Penjimatan Projek Mega Kerajaan PH’

prihatin-pakej-rangsangan-ekonomi-bg

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Selepas diumumkan oleh Perdana Menteri semalam, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjaya memberi kelegaan dan sedikit senyuman buat rakyat Malaysia terutamanya Mak Cik Kiah.

Pelbagai elaun khas serta wang tunai one-off diperuntukkan kepada semua golongan B40, M40, peniaga, majikan, frontliners dan banyak lagi membabitkan jumlah keseluruhan sehingga RM250 Bilion untuk mengharungi cabaran sewaktu PKP dilaksanakan.

Pakej rangsangan yang menyeluruh itu juga disambut baik oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan selalu parti pambangkang.

Penjimatan Projek Mega Sebanyak RM45 Bilion

Melalui kenyataan media yang dikongsikan di Facebook Anwar Ibrahim, mereka menyatakan pakej rangsangan yang diumumkan boleh dilaksanakan hasil penjimatan projek-projek mega seperti LRT3, MRT, dan ECRL ketika Pakatan Harapan meneraju kepimpinan negara sebagai kerajaan.

Penjimatan sebanyak RM45 Bilion serta penjimatan pampasan konsesi tol PLUS semenjak 2 tahun yang lalu telah dimasukkan dalam Bajet 2020, yang kini digunakan semua oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pakej ransangan yang baru.

Mereka juga mencadangkan beberapa bantuan tambahan yang harus dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah menaikkan subsidi gaji daripada RM600 kepada RM1,200 untuk setiap pekerja. Teks penuh kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan boleh dibaca di bawah:

kenyataan-media-majlis-presiden-pakatan-harapan-1

Langkah yang dicadangkan oleh PH untuk mengelakkan impak buruk kemelesetan ekonomi yang akan menyebabkan lebih 4 juta pekerja kehilangan pekerjaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram