RM500 Buat Frontliners KKM Sebagai Tanda Penghargaan

frontlines-removebg-preview

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menerima pemberian tambahan secara one-off sebanyak RM500.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pemberian itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa anggota petugas barisan hadapan KKM.

belanjawan-2021-frontliners

Pemberian RM500 itu, kata beliau, dijangka memanfaatkan 100,000 petugas kesihatan.

“Kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petugas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19 ini.

“Sejak Mac lalu, kerajaan telah memberikan Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan kepada barisan hadapan KKM dan ia akan diteruskan sehingga ancaman pandemik ini berjaya diatasi,” kata Tegku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram