Sidang Media Tergempar Donald Trump Berubah Menjadi ‘Langkah Four Season’

donald-trump-four-season

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Ramai sudah sedia mengetahui jawatan paling dikehendaki di dunia ketika ini, iaitu jawatan Presiden Amerika Syarikat telah menjadi milik Joe Biden apabila beliau berjaya mendapat undian majoriti dalam pilihan raya Amerika Syarikat bagi tahun 2020.

Walaubagaimanapun, Donald Trump yang merupakan calon parti Republican enggan menerima kekalahan malah turut mendakwa dirinya memperoleh jumlah undian majoriti tertinggi seterusnya memenangi pilihan raya tersebut.

Kenyataan Presiden Amerika Syarikat ke-45 itu dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi beliau:

Donald Trump yang tidak berpuas hati mengambil keputusan untuk mengadakan sidang media tergempar bagi membuktikan dirinya mendapat undian majoriti menewaskan Joe Biden serta mahu membuktikan pilihan raya Amerika Syarikat pada kali ini dipenuhi penyelewengan dan salah laku.

‘Langkah Four Season’ Bermula

Trump menerusi laman Twitter telah mengumumkan akan membuat sidang media berkenaan di Four Season di daerah Philadelphia.

Namun lain pula jadinya apabila Four Season yang dimaksudkan oleh Donald Trump bukanlah sebuah hotel mewah tetapi hanyalah sebuah premis perniagaan di kawasan luar bandar dengan nama Four Season Total Landscaping.

four-season-total-landscaping

Malah, hotel Four Season di Philadelphia juga terpaksa membuat satu kenyataan menafikan adanya sidang media di hotel tersebut selepas hotel itu diserbu pihak media yang menantikan kehadiran Donald Trump.

Menyedari kesilapan yang telah berlaku, beliau sekali lagi menhantar tweet bagi memperbetulkan keadaan tersebut.

Kekeliruan yang berlaku telah menyebabkan Donald Trump menjadi bahan jenaka warganet di media sosial ketika ini. Sebagai seorang bekas Presiden Amerika Syarikat, kesilapan teknikal seperti ini pastinya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Trump sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram