Tak Reput! Ini Rupa Burger McDonald’s Yang Disimpan Selama 24 Tahun

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Kebanyakan makanan akan mereput kalau dibiarkan di udara kan?

Tetapi tidak bagi burger McDonald’s. Penemuan mengejutkan ini didedahkan oleh seorang wanita yang membeli sebiji burger McDonald’s beserta kentang goreng pada tahun 1996.

Menurut wanita tersebut, beliau menyimpan set makanan tersebut di almarinya.

Selepas 24 tahun, burger dan kentang goreng tersebut langsung tidak mereput!

Ban roti masih kelihatan elok walaupun ia menjadi sedikit keras. Daging burger juga sama. Ia masih kelihatan elok walaupun teksturnya menjadi keras.

“Roti hamburgernya tidak pernah berkulat. Dagingnya pula tak pernah mereput. Ia masih tidak merekah. Tapi saya tak pasti apa akan terjadi kalau anda makan hamburger ini,” kata wanita tersebut.

Manakala kentang gorengnya pula telah mengecut dan mengeras.

“Kentang goreng pula nampak mengecut seperti telah ditinggalkan di bawah kerusi anda sebulan lepas. tapi ia tak pernah mereput.”

@aly.sherb

Make this go viral, y’all ##grandparentsoftiktok ##mcdonalds ##fyp ##decadechallenge ##foryou ##happymeal

♬ original sound – aly.sherb

Ini bukan kali pertama set menu McDonald’s yang disimpan lama tidak mereput.

Sebelum ini seorang peminat makanan McDonald’s di Iceland pernah menyimpan sebiji burger dan kentang goreng dalam kabinet kaca selama 10 tahun. Selepas 10 tahun, beliau mendapati makanan yang disimpannya masih berada dalam keadaan fizikal yang baik.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram