Tapak Kaki Manusia Berusia 115,000 Tahun Dijumpai Di Arab Saudi

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Tujuh kesan tapak kaki yang dijumpai di dasar tasik purba di utara Arab Saudi mungkin akan mengesahkan kewujudan manusia di kawasan tersebut sejak 115,000 tahun dahulu, menurut laporan National Geographic.

Pakar-pakar arkeologi telah berkumpul di Gurun Nefud untuk memeriksa 376 bekas tapak kaki yang kelihatan di tanah yang pernah menjadi dasar sebuah tasik. Bekas tapak kaki tersebut dipercayai ditinggalkan oleh gajah purba, unta, kerbau dan kuda purba.

Baru-baru ini, satu analisis baru telah diterbitkan di jurnal Science Advances yang berpendapat tujuh daripada 376 bekas tapak kaki tersebut ditinggalkan oleh manusia sekitar 112,000 hingga 121,000 tahun dahulu. Jika penemuan ini disahkan, bekas tapak kaki tersebut akan menjadi bukti tertua kewujudan Homo sapiens di Semenanjung Arab.

blank
Bekas tapak kaki gajah dan unta ditemui di Alathar (Foto: Stewart et al., 2020)

Penemuan tersebut akan membantu arkeologis untuk mengesan perjalanan manusia zaman purba dari benua Afrika ke kawasan baru.

Kebanyakan manusia bukan keturunan Afrika sekarang sebenarnya mempunyai nenek moyang yang meninggalkan benua itu pada kira-kira 60,000 tahun lepas. Saintis berpendapat sebahagian kecil Homo sapiens telah pun berhijrah keluar dari Afrika, ribuan tahun sebelum itu, ke Semenanjung Sinai dan Asia Barat.

Selain bekas tapak kaki tersebut, dasar tasik yang dinamakan Alathar (bermaksud jejak dalam bahasa Arab) itu turut memberikan penemuan 233 fosil. Walaupun ketika ini kawasan tersebut merupakan gurun, penemuan ini membuktikan pada zaman dahulu ianya kaya dengan air, hijau dan bercuaca seperti kawasan savana Afrika.

Walaupun Alathar penuh dengan haiwan, saintis tidak menjumpai sebarang alatan buruan batu atau tulang haiwan yang mempunyai tanda-tanda disembelih. Ini membuktikan kehadiran manusia di kawasan ini mungkin hanyalah sebagai satu lokasi perhentian sementara.

Pasukan arkeologis turut melaporjan berdasarkan perbandingan bekas tapak kaki itu dengan manusia moden dan Neanderthal, ia mencadangkan bahawa manusia purba yang melalui Alathar itu tinggi dan kurus.

Saintis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan bekas tapak kaki itu mungkin ditinggalkan oleh Neanderthal, manusia purba yang pernah berkongsi planet dengan Homo sapiens selama 5,000 tahun.

Tetapi jika hipotesis pasukan arekologis itu betul, bekas tapak kaki itu tak mungkin ditinggalkan oleh Neanderthal kerana ia hanya terjadi apabila tanah lembut dan cuaca panas. Sedangkan Neanderthal hidup pada tempoh terakhir Zaman Ais.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram