Tony Hawk Buat Pusingan 540 Darjah Tanpa Tumpahkan Setitik Susu

blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Pada usia 52 tahun, Tony Hawk masih lagi cool.

Dalam satu video terbarunya, Tony Hawk menunjukkan skil ‘McTwist’ di papan selajunya sambil memegang segelas susu. Apa yang menakjubkannya, tidak ada setitis susu pun yang tertumpah dari gelas tersebut selepas legenda papan selaju itu menyudahkan McTwist.

Menurut Hawk, idea video tersebut datangnya daripada video perenang Amerika Syarikat dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Katie Ledecky, yang berenang dengan segelas susu di atas kepalanya, tanpa menumpahkan setitis susu.

Apa itu McTwist?

McTwist merupakan salah satu skil dalam repertoire sukan papan selaju yang dikatakan dicipta oleh rakan Hawk yang juga merupakan seorang legenda papan selaju.

Ia memerlukan peluncur untuk membuat pusingan 540 darjah yang disertai dengan teknik ‘Mute Grab’.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram