Uzbekistan Tawar RM12,800 Kepada Pelancong Kalau Dapat COVID-19

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Uzbekistan sangat yakin pelancong takkan dijangkiti COVID-19 ketika melancong di negara mereka – sehinggakan kerajaan mereka menawarkan pampasan USD3,000 (RM12,794) seorang jika ada pelancong yang dijangkiti COVID-19 ketika melancong di negara tersebut.

Sehingga kini Uzbekistan hanya mencatat 19 kes kematian akibat COVID-19 hasil tindakan pantas kerajaan mereka menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan.

Yakin negara mereka sudah bebas COVID-19, kerajaan Uzbekistan cuba merangsang sektor pelancongan negara mereka dengan melancarkan kempen ‘Safe Travel Guaranteed’.

Di bawah kempen ‘Safe Travel Guaranteed’, pelancong akan diberi wang tunai sebanyak RM12,794 jika mereka dijangkiti COVID-19 ketika melancong di Uzbekistan.

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev menandatangani ikrar kempen pelancongan tersebut pada Selasa lepas. Difahamkan kos RM12,794 merupakan anggaran kos yang diperlukan oleh pelancong untuk mendapat rawatan COVID-19 di negara tersebut.

“Kami mahu beri jaminan kepada pelancong bahawa mereka boleh datang ke Uzbekistan,” kata Sophie Ibbotson, duta pelancongan Uzbekistan di UK.

“Kerajaan Uzbek sangat yakin dengan SOP keselamatan dalam sektor pelancongan mereka sehinggakan Presiden sendiri janji bagi duit kalau pelancong dijangkiti COVID-19 ketika bercuti di Uzbekistan.”

Uzbekistan semakin mendapat tempat dalam hati pelancong luar negara kerana kekayaan sejarahnya sebagai salah satu laluan penting jalan perdagangan kuno ‘Jalan Sutera’ yang menghubungkan tamadun Barat dengan Timur.

Embed from Getty Images

Selain itu negara Asia Tengah itu turut terkenal sebagai destinasi popular untuk peminat sukan panjat batu (rock climbing).

Pelancong mesti patuhi SOP di Uzbekistan

Untuk menerima wang tunai tersebut, pelancong bagaimanapun mesti menempah percutian mereka dengan agensi pemandu pelancong di Uzbekistan.

Pemandu pelancong, hotel dan tempat pelancongan mesti menerima sijil kelulusan dan mengamalkan SOP betul seperti yang diberikan oleh kerajaan.

Ketika ini Uzbekistan telah membuka pintu antarabangsanya kepada pengunjung dari negara-negara rendah risiko seperti China, Israel, Jepun dan Korea Selatan. Pelancong dari UK dan Eropah pula mesti menjalani proses kuarantin selama 14 hari apabila tiba di Uzbekistan.

Inisiatif kempen ini merupakan usaha kerajaan Uzbek untuk merangsang industri pelancongan mereka.

Pada tahun lepas, Uzbekistan dinamakan sebagai pasaran pelancongan keempat paling meningkat menurut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Ini bagaimanapun bukan kali pertama kempen sebegini dilancarkan.

Sebelum ini kerajaan negeri Sicily di Itali mengumumkan akan membayar separuh kos penerbangan dan sepertiga kos hotel kepada pelancong.

Cancin pula akan menaja separuh kos hotel pelancong mereka.

Kemboja pula mengumumkan pendekatan berbeza. Pelancong Kemboja dikehendaki meletakkan deposit sebanyak USD3,000 (RM12,794) seorang untuk menanggung kos perubatan jika mereka dijangkiti COVID-19 di sana.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram