Virus Baru G4 EA H1N1 Bawaan Babi Boleh Cetus Wabak Pandemik Lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
blank

Like dan Follow Facebook Rencah di bawah sekarang.

Satu lagi strain baru virus influenza bernama G4 EA H1N1 yang mempunyai potensi menjadi wabak pandemik telah dijumpai oleh saintis China. Strain baru virus influenza tersebut dibawa oleh khinzir, tetapi boleh menjangkiti manusia.

Saintis China melahirkan kerisauan strain baru virus influenza tersebut boleh bermutasi lagi dan menyebabkan ia lebih mudah berjangkit – sekaligus mencetuskan satu lagi wabak pandemik.

Walaupun strain virus tersebut belum cukup untuk mencetuskan kebimbangan dalam masa terdekat, saintis China berkata ia mempunyai ciri-ciri yan diperlukan untuk beradaptasi menjangkiti manusia dan perlu terus dikaji.

Disebabkan strain virus ini masih lagi baru, manusia tak berupaya untuk melindungi diri mereka kerana ketiadaan vaksin khas.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences yang mengkaji cara untuk mengawal virus-virus dalam khinzir. Jurnal itu juga memberi amaran langkah berjaga-jaga perlu diambil oleh mereka yang terlibat dalam industri penternakan khinzir secepat mungkin.

G4 EA H1N1 ancaman baru selepas COVID-19

Belum pun wabak COVID-19 pulih 100% di peringkat global, penemuan strain virus influenza baru ini pastinya menimbulkan kerisauan baru kepada masyarakat sejagat.

Kali terakhir saintis menemui strain virus influenza baru adalah pada 2009 ketika wabak selesema babi mula menular di Mexico. Bagaimanapun virus selesema babi tidaklah sebahaya yang disangkakan pada awalnya kerana banyak orang tua telah pun mempunyai imuniti.

Ini kerana virus selesema babi mempunyai banyak persamaan dengan virus-virus influenza yang telah merebak sebelum ini.

Bahaya strain virus selesema babi tersebut yang dinamakan A/H1N1pdm09 boleh dibendung dengan vaksin flu biasa yang boleh diambil oleh orang awam di klinik dan hospital.

Saintis China mendakwa strain baru virus influenza yang mereka temui mempunyai persamaan dengan A/H1N1pdm09. Tetapi ia turut mempunyai beberapa kelainan hasil proses mutasi.

Setakat ini, strain baru virus influenza ini yang dinamakan G4 EA H1N1 masih tidak membahayakan manusia. Tetapi Prof Kin-Chow Chang dan rakan sekerjanya yang mengkaji virus ini berkata, ia masih perlu diperhatikan kerana G4 EA H1N1 boleh membesar dan merebak dalam saluran pernafasan manusia.

Prof Kin-Chow Chang menemui bukti jangkitan terbaru G4 EA H1N1 dalam kalangan pekerja di rumah sembelihan khinzir di China.

Pekerja-pekerja yang telah dijangkiti virus G4 EA H1N1 bagaimanapun berjaya sembuh selepas saintis melakukan sedikit modifikasi terhadap vaksin influenza sedia ada.

Prof Kin-Chow Chang yang berkerja di Nottingham University di United Kingdon memberitahu BBC:

“Sekarang kita sibuk dengan COVID-19. Tapi kita mesti berhati-hati dengan kemunculan virus-virus baru. Kita tak boleh abaikan mereka.”

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sumber:
Share on facebook
Kongsi Di Facebook